Selasa, 2 Jun 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PEMUDA UMNO KAMPUNG JAYA (KTJ)


Assalammualaikum... Bersyukur ke hadrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnianya saya selaku penulis, mewakili seluruh Pemuda OMNO Kampung Jaya yang lebih dikenali dengan nama Kampung Tok jaya (KTJ) dapat membina Blog kami sendiri untuk tatapan semua.
Tujuan Blog ini dibina adalah untuk kami ceritakan kepada anda semua tentang keunikan kampung ini disamping memperjuangkan Parti UMNO yang tercinta ini, ini kerana terdiri daripada lebih kurang 96% penduduknya adalah Ahli UMNO, dan 100% peratus pemuda kampung ini adalah Ahli UMNO yang terus setia menyokong Parti ini sejak Parti ini ditubuhkan lagi, dan kami juga akan terus memberikan mandat dan sepenuh kepercayaan kepada UMNO dibawah naungan Kerajaan BARISAN NASIONAL (BN) untuk terus memperjuangkan nasib orang-orang MELAYU yang semakin diancam keTuanannya di tanah tumpah darah kita MALAYSIA tercinta ini.
Janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita ini ibarat menumpang di negara sendiri suatu hari nanti. ini jelas terbukti dengan apa yang kita lihat, dan terjadi hari ini.. Orang Melayu terus lalai dan mengambil mudah tentang perkara ini terutamanya anak-anak muda pada hari ini, dan sebagai anak muda Melayu yang cintakan bangsa, agama, dan Negara malaysia ini, kami seluruh Pemuda Kampung Jaya (KTJ) akan sama-sama terus memperjuangkan UMNO, satu-satunya Parti yang utuh memperjuangkan nasib Bangsa MELAYU agar tak pupus di tanah sendiri.
Renung-renungkanlah...............