Sebagai anak muda, janganlah kita leka serta alpha dengan keseronokan dan pentingkan diri sendiri. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku bahawa kitalah yang bakal penentu masa depan negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersatu memberi sepenuh sokongan kepada parti keramat tinggalan nenek monyang kita, iaitu "UMNO". Jangan pula kita bertelagah dan berpecah-belah sesama saudara melayu kita hanya untuk kepentingan diri sendiri. Percayalah kita bahawa hanya UMNO sahajalah yang komited mempertahankan keutuhan Ketuanan Melayu kita. Cuba kita lihat hari ini, sudah banyak anak melayu yang sanggup menggadaikan maruah kemelayuannya hanya ingin memenuhi kehendak diri sendiri demi harta dan kedudukan, tanpa kita sedari semakin hari semakin kita berpuak-puak tanpa kita sedari ada pihak yang sedang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan